Thursday, December 16, 2010

setelah sebulan.

fantasi sailormoonku nur munira binti hamid at Thursday, December 16, 2010
assalamualaikum..
sebulan aku kat rumah, cuti semester..tak ada internet..maknanya tak ada facebook, tambah2 lagi blog.memang babai kat dua benda tu..tapi kat rumah ada tv..mula2 best la kan, tapi dah lama2, macam buat salah besar pulak duduk tengok tv..
okeh, sekarang ni, hidup aku betul2 tunggang langgang..tak tahu nak describe macam mana..dan aku tak tahu ada tak orang yang pernah rasa apa yang aku rasa sekarang ni..mungkin ada..mungkin juga lagi teruk..syukur alhamdulillah, benda yang paling aku risau tak jadi, walaupun yang jadi tu teruk, tapi bukan la seteruk yang aku risaukan.
sesungguhnya, aku hanya mampu usaha, doa, dan tawakkal dalam hidup aku sekarang..buat yang sehabis baik dan percaya kat diri sendiri..bukan salah sapa2..salah aku sendiri yang terlepas pandang beberapa perkara kot..aku akan cuba perbaiki..dan tegurlah aku kalau aku masih tak berubah..tapi bebelan tidak sekali aku terima..tegur dengan hikmah dan bijaksana kerana itu yang dituntut dalam agama dan itu yang paling berkesan untuk menegur aku..
aku hanya sebutir pasir yang kadangkala melekat pada kaki yang salah..aku harus lepaskan diri aku dan kembali ke tempat asal walau betapa jauh aku dibawa..untuk itu, aku sepatutnya berjaga2 dan tidak lagi melekat pada kaki yang salah..mungkin kiasan yang agak terlampau..tapi mungkin itu yang sesuai...nak umpakan seperti bunga dan kumbang..aku tak rasa aku seindah bunga yang diimpikan oleh mana22 si kumbang..kerana yang pasti, rasa percaya pada si kumbang atau kaki yang aku umpamakan sudah makin hilang. aku hanya mahu mencari tempat asal tulang rusuk yang telah aku pinjam dari tuannya.aku mahu kembali ke tempat itu dengan penuh rasa kasih dan bahagia. walau aku tahu, onak dan duri sepanjang perjalanan mungkin hampir menewaskan aku.
hati belum bersedia mulakan semester baru..walau tak berapa nak baru..separuhnya masih lama dan aku harap yang separuh itu akan bersinar dan yang separuh lagi tidak akan tertinggal semester hadapan...itu harapanku yang satu.kerana semuanya terletak pada diriku...menyerap ilmu dan menggunakan minda mengiterpretasi ilmu di atas kertas jawapan dan aku harus juga gunakan dalam kerjayaku. dan itu lebih bermakna dari kumbang atau kaki yang mungkin salah dan hanya menduga diriku..pencarian tempat asal tulang rusuk itu mungkin akan ku tangguh sehingga aku benar2 percaya bahawa aku telah jumpa tempatnya..
dan pada teman2ku dan temanku yang satu..bukan niatku memarahi kamu..sesungguhnya aku sangat risaukan kagagalan yang mungkin bertandang ketika itu dan sesungguhnya pada waktu ini, semua kemarahan telah redha dan harapanku kita seua kembali bersama..walau aku sudah tertinggal agak jauh dari kamu semua...aku percaya Allah memilihku menerma semua ini kerana aku mampu menghadapinya dan sayangkan aku. jadi, uijan ini adalah tanda bahawa aku tidak tersisih dari sisiNya..terima kasih banyak2 kerana membantu aku selama ini dan doakan ita semua berjaya.
...mungkin takdir itu kejam untuk berjaya tapi itu satu ujian yang sangat kuat untuk menguji ketahanan diri dan iman....
Alhamdulillah :)

0 power rangers yang comel:

 

T H E.S H I N I N G.L I G H T Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez